Lautan Hijau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Lautan Hijau

Forum Orang-Orang Timur
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Sejarah Al-Quran sambungan daripada 1

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Posts : 4
Join date : 2007-09-25

Sejarah Al-Quran sambungan daripada 1 Empty
PostSubject: Sejarah Al-Quran sambungan daripada 1   Sejarah Al-Quran sambungan daripada 1 Icon_minitimeThu Sep 27, 2007 2:29 am

3. Membukukan Al Quran di masa Usman bin Affan r.a

Di masa khalifah Usman bin Affan r.a pemerintahan Islam telah sampai hingga ke Armenia dan Azerbaijan disebelah timur dan Tripoli di sebelah barat. Maka dengan itu kelihatannya kaum muslim telah tersebar ke seluruh wilayah Islam seperti ke Mesir, Syria, Irak, Persia dan Afrika. Ke mana mereka pergi dan di mana mereka tinggal, Al Quran tetap menjadi imam(petunjuk) mereka, dan di antara mereka itu banyak yang hafal Al Quran. Dan di antara mereka juga mempunyai naskah-naskah Al Quran. Namun naskah-naskah yang mereka punyai itu tidak sama dari segi susunan surah-surahnya.

Di samping itu di antara mereka itu terdapat perbezaan tentang bacaan Al Quran itu. Pada asalnya perbezaan bacaan ini ialah kerana Rasulullah sendiri pun memberi kelonggaran kepada kabilah-kabilah Arab Islam yang berada di masanya untuk membaca dan melafazkan Al Quran itu menurut lahjah (dialek) mereka masing-masing. Kelonggaran ini diberikan oleh Nabi Muhammad supaya mudah bagi mereka untuk menghafal Al Quran itu.

Tetapi kemudianya kelihatan tanda-tanda bahawa perbezaan tentang bacaan Al Quran ini kalau dibiarkan, akan mendatangkan perselisihan dan perpecahan yang tidak diinginkan dalam kalangan kaum muslimin. Orang yang mula-mula memperhatikan hal ini ialah seorang sahabat yang bernama Hizaifah bin Yaman. Ketika beliau turut serta dalam pertempuran menakluki Armenia dan Azerbaijan, di dalam perjalanan beliau pernah mendengar pertikaian kaum muslimin tentang bacaan beberapa ayat Al Quran, dan juga pernah mendengar perkataan seorang muslim kepada temannya iaitu "Bacaan ku lebih baik dari bacaan mu". Keadaan ini membimbangkan Huzaifah. Maka apabila beliau telah kembali ke Madinah, beliau menemui khalifah Usman b in Affan r.a dan beliau menceritakan apa yang dilihatnya mengenai pertikaian kaum muslimin tentang bacaan Al Quran itu.

Huzaifah berkata kepada Usman: "Susulilah umat Islam itu sebelum mereka berselisih tentang Al Kitab, sepertimana perselisihan Yahudi dan Nasara".

Maka khalifah Usman r.a meminta kepada Hafsah binti Umar lembaran-lembaran Al Quran yang telah diikat itu, yang ditulis di masa khalifah Abu Bakar r.a, yang disimpan oleh Hafsah untuk disalin. Maka lembaran-lembaran tersebut diserahkan kepada khalifah Usman r.a oleh Hafsah. Seterusnya Khalifah Usman membentuk satu panitia yang terdiri daripada Zaid bin Tsabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Sa'id bin 'Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam. Panitia ini diberikan tugas untuk membukukan Al Quran, iaitu menyalin dari lembaran-lembaran tersebut, seterusnya menjadi buku (diikatkan). Dalam menjalankan tugas ini, khalifah Usman menasihatkan supaya:

1. Mengambil pedoman kepada bacaan mereka yang hafal Al Quran
2. Kalau ada pertikaian antara mereka tentang bahasa (bacaan), maka haruslah ditulis menurut dialek suku Quraisy, sebab Al Quran itu diturunkan menurut dialek mereka.

Setelah tugas yang diamanahkan kepada panitia itu selesai maka mushaf Al Quran yang dipinjamkan daripada Hafsah itu dipulangkan semula kepada beliau. Al Quran yang dibukukan itu dinamakan "Al Mushhaf" dan seterusnya oleh panitia itu dituliskan lagi 5 buah Al Mushhaf. Empat buah di antaranya dikirimkan ke Mekah, Syria, Basrah dan Kufah, agar di tempat-tempat tersebut disalin pula dari masing-masing mushaff itu. Manakala satu buah lagi ditinggalkan di Madinah, untuk Usman sendiri dan itulah yang dinamai dengan "Mushhaf Al Imam".

Setelah itu khalifah Usman memerintahkan semua lembaran-lembaran Al Quran yang lain yang ditulis (selain daripada Al Mushhaf) dikumpulkan dan membakarnya. Maka dengan itu daripada mushhaf yang ditulis di zaman khalifah Usman itulah, kaum muslimin diseluruh pelusuk menyalin Al Quran itu.
Sehingga sekarang masih wujud kelainan bacaan kerana bacaan-bacaan yang dirawikan dengan mutawatir dari Nabi Muhammad terus dipakai oleh kaum muslimin. Namun bacaan-bacaan tersebut tidaklah berlawanan dengan apa yang ditulis dalam mushhaf-mushhaf yang ditulis dimasa khalifah Usman. Dengan demikian, pembukuan Al Quran di masa khalifah Usman itu memberikan beberapa kebaikkan seperti :-

1. Menyatukan kaum muslimin pada satu bentuk mushhaf yang seragam ejaan tulisannya.
2. Menyatukan bacaan, walaupun masih wujud kelainan bacaan, tetapi bacaan itu tidak berlawanan dengan ejaan mushhaf-mushhaf Usman. Manakala bacaan-bacaan yang tidak bersesuaian dengan mushhaf-mushhaf Usman tidak dibenarkan lagi.
3. Menyatukan tertib susunan surah-surah.

Akhirnya sampailah kepada kita sekarang dengan tidak ada sebarang perubahan sedikit pun dari apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a w. Dalam pada itu, pada setiap masa dan zaman, Al Quran ini dihafal oleh jutaan umat Islam danini adalah salah satu inayat Tuhan untuk menjaga Al Quran. Dengan itu terbuktilah firman Allah.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami tetap memeliharanya." (Surah Al Hijr: 9)


Rujukan : Al Quran dan Terjemahannya - Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al Quran Indonesia


SEJARAH PEMELIHARAAN DAN PEMURNIAN AL QURAN
[u]
Back to top Go down
https://lautanhijau.board-directory.net
 
Sejarah Al-Quran sambungan daripada 1
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sejarah Al-Quran 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Lautan Hijau :: Kategori Islam :: Al Quran-
Jump to: